Nadi X Enterpreneur - Nadi Kidventure : Live Webinar 10 (Operasi Perniagaan)
13 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2026, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR - NADI KIDVENTURE : LIVE WEBINAR 10 (OPERASI PERNIAGAAN). Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 03:30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai road to 1 million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, Puan Rozita Halina menerangkan mengenai operasi perniagaan iaitu semua aktiviti harian yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan untuk menghasilkan produk atau menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, teratur dan konsisten. Selain itu, Puan Rozita Halina menerangkan mengenai lima skop utama operasi perniagaan iaitu pengurusan input, proses pengeluaran / penyampaian, pengurusan stok dan inventori, kawalan kualiti dan penghantaran dan penyampaian kepada pelanggan. Seterusnya, Puan Rozita Halina berkongsi bagaimana bisnes saya berjalan? Iaitu melalui idea jualan, jual barang, urus barang dan kira duit. Akhir sekali, Puan Rozita Halina menerangkan kepentingan operasi perniagaan iaitu menjamin kelancaran perniagaan, mengurakan kos dan pembaziran, meningkatkan kepuasan pelanggan dan membantu perniagaan berkembang.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi pengetahuan kepada peserta mengenai Operasi Perniagaan serta membina hubungan baik diantara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: